Tuesday, December 16, 2008

ujian hidup

Manusia memang selalu diuji.
Aku pulak memang sejak dibangku sekolah lagi dah dijui dengan ujian pelbagai syndrom.
Ingat lagi waktu zaman sekolah menengah sampailah universiti, aku kene resdong yang dasat jugak la.Waktu tuh, mana jer bomoh resdung yang aku dgr ok, akn gi berubat.Mana jer ubat resdong yg baik, aku akan makan jerk.
Last2 aku pon tak tahu, ubat yang mana 1 mujarab sampailah skrg nih syndrom tuh dah ok la..seingat aku, start aku elok resdong waktu balik dari kursus etika pemakanan(ape2 jer la nama nya..tk ingat la plak).Masa tuh kursus makan kat hotel di alor setar.Aku waktu tuh tak bleh makan ayam, kalu makan jerk, sure demam disebabkan resdong.Tp kat hotel ler katakan waktu tuh, ayam kt hotel kununnya sodap, makan sampai habis.Sebelum balik tuh, minum ptg diberi karipap yg sangat la sedapnya.Aku and the gang siap2 bekal dgn tisu lagik dan mkn dalam bas.Kebetulan bas tu pulak park depan2 area yg bleh nampak pintu hotel yang sdg terbukak.Waktu tuh aku jer yg nampak sorang apek tua pakai suar pendek sambil uli tepung.Huhu..sumer pesera kursus yg makan karipap adalah hasil dari apek tua tuh.kwang ..kwang..kwang.Mana kawan2 aku yg aku citer mesti nk termuntah balik...Yang bestnya, resdong aku pulih serta merta lps mkn dari hotel tuh.
Lps grad, aku tanam anggur then wat master.Waktu nih, aku kene gastrik yg extreme.huhu..sekali kene mcm nk terburai urat perut.Kalau aku mkn cili or mknn yng masam walaupon pd kuantiti yg sgt kecil, siap ler mesti kene gastrik.Yang pasti aku dr akan bg pain killer injection yang kadang sampai dua kali injection pon tak rasa ape2.Orang kata lepas kawin elok, tp tak jugak.Baru2 kawin, asik la kene warded kt hospital.Sekarang nih dah ok..ubat mujarabnya ialah mengandung.Lepas jer bersalinkan abu bakar, gastrik aku dah ok.Sekarang aku bebas utk makan makanan yang pedas dan masam.

Skrang nih, kene magrain plak.Malas nk mintak consult doktor.Alih2 doktor akn bagi pain killer yang boleh merosakkan buah pinggang aku jika kerap diambil.
Mungkin nk kene bersalin anak kedua kot baru hilang migrain.huhuh

Monday, December 15, 2008

syukur...

dapat dari email..


Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2
> itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita
> apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin,
> kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah
> kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang
> terbaik untuk kita?
>
> Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau
> hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan
> keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau
> sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit
> dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang.
> Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa
> itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang
> kesayangan kita juga selamat.Kan ?
>
> Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini
> bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih
> kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala
> setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah
> Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha
> Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita
> yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib
> baik sepanjang hidup mereka?
>

> Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what
> we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri
> kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa
> minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat
> jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi
> huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian
> kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah
> dia akan selamat di akhirat kelak..
>
> Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya?
> Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih
> tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup
> dikelilingi hutang lapuk.
>
> Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana
> yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu
> saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya
> dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.
>
> Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya
> dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu
> berdoa untuk saya,
> berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya
> beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah
> tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak
> jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat . Sekarang,
> Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha
Suci
> Allah...
>
> Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah
> itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi
> dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada
> pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha
> kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on
the
> other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada
> pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
>
> Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat
> orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi
> kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah
>
masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang
> yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya
> sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang
> turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?
>
> Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya
> ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya
bekerja
> sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400
> sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350.
> Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki
> sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat
> EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya
> fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
>
> Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya
> dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir.
> Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi.
> Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat
> la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa
> tu saya dah beli kereta Iswara . Saya fikir, dapat
RM2500
> cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula.
> Kesimpulannya tak cukup juga!
>
> Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling
> besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk
> syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap
> di sini. Kalau
ada yang bertanya kenapa saya tak ikut
> mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau
> solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya
> di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit
> sahaja.
>
> Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak
> ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah.
> Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman
> saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya,
> apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi
> saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki
> untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2
> hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

>
> Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih
> baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi.
> Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia
> lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana
> akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat
>
(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu
> hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki
> itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
>
> Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan,
> nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin
> naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB,
> memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya
> pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia
> nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2
> sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
>
> Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya,
> besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia
pakai motor. Kalau
> gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun
> tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga
> kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia
> dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah
> malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit
> masa pagi sebelum ke tempat kerja.
>
> Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya
> ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya.
> Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila
> nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari
> Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak
> boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah
bagi duit. Tapi
> dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah
> permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. -.
>
> Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya
> lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara
> yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga
> nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian
> terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang
> kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa
> kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita
> katakan cukup?
>
> Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada
> cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga
> bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang
> penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah
> berikan yang terbaik buat kita.. Nabi saw pernah
> memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah
> orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw
> berkata orang yang
sombong adalah syirik kerana hanya Allah
> yang layak untuk bersifat sombong..
>
> Wallahu'alam. -..
>
> Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami
> leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia
> hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah
kami
> dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang
> tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
>
> Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah
> itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi
> dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada
> pada
sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha
> kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the
> other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada
> pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
>
> Akhir kata, berlajarlah untuk berkata
> CUKUP....ALHAMDULIL -LAH ......'
> Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak
> sehebat SULAIMAN.
> Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak
> setulus ZULAIKHA.
> Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak
> sekuat HAJAR
> dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika
>
ada keburukan pada dirimu.
>
> Sekadar pandangan ikhlas dari seorang hamba Allah yang
> tidak sempurna semuanya.

Friday, December 12, 2008

Belum ada rezeki lagi....

Alamak tuuutttt!Sedihnya aku!!!
Ish tak baik la!Bukan ke setiap yang jadi tuh ader hikmah nya..mungkin kami rasa dah mmg bersedia tp sbnrnya belum lagi!
Baru je minggu2 sebelumnya aku terlalu excited sbb hari yang sepatutnya berlaku tp NOTHING!huhuh...member2 pon dah tumpang gumbira..dan aku pon dah berangan2 kalu lah disahkan mengandung nk jer arituh jugak declare shopping day utk barang2 baby.Dan baru jugak saje mengada2 pegi berangan pakai baju mgengandung waktu window2 shoping kat kedai ibu mengandung di belakang azzahrah.hheeh mcm tunggu anak pertama la plak.
Sian abu bakar!Sunyi..hari2 main kereta sorang2...main basikal sorang2...main mainan dia pon sorang!Layan ESQ sorang2.Bukan ummi dan abinya tk layan...tp layanan tuh mestilah lain kalu main dangan kanak2 yang hampir sebaya umur nya...
tak pe lah belum ada rezeki lagi...
Hari nih dah jumaat..pejam celik kejap jer nk kene masuk keje balik...Sbnrnya aku cuti seminggu sbb nk uruskan urusan permit maid mak aku.Tp tk jadik.Alhadulillah ade member abg sudi nk tolong...tolong dengan bayaran RM2k ++.Biasa la..Nothing comes free!
Seminggu nih byk gak spent masa dengan abu bakar.Hari nih mmg seharian bersama dgn abu bakar.Sian anak aku...dugaaan nak, sabar lah yer.
Dah seminggu abu bakar heavy selsema..dua hari batuk plus munth2 dan semalam start demam.Hari ni dah semakin pulih demam dia.Tp selsema dan batuk ttp ade.Badan dia pon dah makin ringan..kurang makan sbb sakit tekak dan kerongkong yang kurang selesa.Takut la pulak dengar explaination Dr Nik pakar kanak2 azzahrah.Jangkitan selsema yang lama pada kanak2 boleh menyebabkan jangkitan telinga tengah.Check semalam alhamdulillah telinga abu bakar clear.Mudah2an abu bakar cepat sembuh..insyaAllah!

Wednesday, August 6, 2008

Ape2 pon telan jer la...

Ptg tadi, aku bergegas balik jam 5pm tepat...Terkejar2 masak utk dinner, basuh baju n kemas rumah sket2.Sbb nya mlm nih ade klas malam.
Tup tup...kul 6.30 pm baru teringat aku terlupa nk mention kat PTM yg kelas aku start minggu nih onward akn dibuat pd waktu mlm.Then terpaksa la aku call student to cancel the class.
"Bang, jom minum teh tarik mamak..."ptg nih aku ajak hubby gi minum teh tarik..(tp aku order horlick jer pon)dan spt biase suami yg sentiasa melayan kerenah aku on kan aje.Bkn ape..Pg nih aku start keje dgn stress!Luka smlm tak hilang lg then..tetiba pg nih dpt call beberapa lecturer tak hantar paper final exam lg..ape lg, KJ la yg kene tanya itu dan ini...
Baru la aku paham kenapa KJ2, HOd and PM and manager kt company2 biaser nya mempunyai kepala yg licin...
Ape2 pon telan jer la..

Sunday, August 3, 2008

Sesaat sungguh berharga ...

Erm...dah lama tak menulis
Sejak jadi zaujah, guru dan ibu kepada abubakar yg comel nih...takde masa nk melayan blog.
Seperti biasa, hari bekerja kamal akan hantar anak ke rumah pengasuh.ementara aku sibuk siapkan diri utk carik rezeki...kalau sempat curi- curi masa dalam 10 - 15 minit utk menyapu rumah.Almaklumlah...waktu2 gini abubakar takde. time nih ler nk kene kemas rumah mana yg patut.Kalau si comel tuh ader, dia la yg paling sibuk mengacau umi dia nk wat keje..last2 satu pon tak jadik. Umi dia pegang penyapu, dia pon nk menyapu..pegang mop, dia pon nk pegang sekali.Tak dapat ...menjerit!huhu...solution anak2 stage 1++ yr mmg gituh kot.Senang tul jadik kanak2!
Sabtu or ahad???erm..skrg nih dah mengajar weekend.Amik part time.
Mata duitan skrg..huhu...tapi semester nih jer kot..tak larat la..sian abubakar.
Kalau bleh nk carik part time sabtu or ahad..but not both.
Skrg nih tgh update nota utk lab esok.So curik2 masa jugak utk update nota and blog.sementara abu bakar tido nih kan?!
Mlm nih, parent dtg dari melaka.Katanya nk berubat.
Sian mak...dah lama mengeluh sakit kaki..pegi klinik masih tak elok lg..so cuba pulak la cara kampung(tp berubatnya kt selangor).
Cakap pasal selangor nih, mmg seronok dok selangor nih..mcm2 ader.Senang nk access.Then sumer nya ader.Kalau offer tinggi tp dok negeri lain, insyaAllah takkan pegi.
Kat sini..nk pegi Gym pon sng dan murah..Mana lagi kalu tak kat Azzahrah.Hanya dgn satu kupon value rm15 ,kita bleh aerobik, gunakan facilities Gym, then bleh jacuzzi, sauna and stim bath.Seronok!!!Biaser nye setiap jumaat, aisyah and da gang akan spent masa 1-2 hours kat azzahrah.Manjakan diri and kurangkan weight(baru 2 - 3 kg huhu).Apa salahnya manjakan diri..Utk che abe jugak..ahaks!
K la...Nk terus kan kerja ..sementara si comel tuh tgh tido and abi nya gi jogging!
Salam rejab!

Tuesday, January 1, 2008

Alhamdulillah..rezeki 2008

Alhamdulillah, rezeki 2008, akhirnya hubby dapat offer bekerja kat TPM bkt Jalil.
Lepas nih, takder lagi keluhan dari hubby pasal :

1.traffic jam esp kt MRR2,
2.melayan songeh2 pekerja diBMI esp dr Halim..hahahha
3.sistem SMS yg hampeh itu.

dannnnn....yg paling penting sekalik, jimat petrol.Erm!Kalu tak, sehari jerk spent utk petrol is almost rm20.Kalu minyak naik lg thn nih, tak tahulah berapa.
Skrg nih, tiap kali hubby balik keje jer, muka pon ceria.Dpt kawan2 pon best, keje pon tak pressure and focus on network.Kalu dulu, walaupon kawan2 hubby mmg baik giler, tp keje tk focus.Byk keje mngmtn.Erm, kalu aku pon, boring ngn keje2 management.esp nk mng orang!Paling tk suker dalam hidup!uhuhuh

Lps nih, tpm nk setup network baru.Kemingukinan besar, hubby akan outstation kt oversea kot spt yg kwn dia ckp lah..heheh
kalu gi , aku tk kira, nk ikut jugak.Tp kalu lama sgt tuh, aku nk ikut jugak, but then aku blk ler awal.hehehe
ok lah.Byk mender yg perlu di settlekan..

Selamat tahun baru!