Monday, December 15, 2008

syukur...

dapat dari email..


Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2
> itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita
> apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin,
> kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah
> kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang
> terbaik untuk kita?
>
> Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau
> hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan
> keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau
> sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit
> dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang.
> Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa
> itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang
> kesayangan kita juga selamat.Kan ?
>
> Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini
> bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih
> kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala
> setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah
> Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha
> Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita
> yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib
> baik sepanjang hidup mereka?
>

> Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what
> we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri
> kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa
> minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat
> jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi
> huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian
> kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah
> dia akan selamat di akhirat kelak..
>
> Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya?
> Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih
> tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup
> dikelilingi hutang lapuk.
>
> Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana
> yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu
> saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya
> dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.
>
> Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya
> dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu
> berdoa untuk saya,
> berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya
> beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah
> tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak
> jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat . Sekarang,
> Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha
Suci
> Allah...
>
> Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah
> itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi
> dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada
> pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha
> kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on
the
> other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada
> pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
>
> Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat
> orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi
> kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah
>
masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang
> yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya
> sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang
> turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?
>
> Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya
> ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya
bekerja
> sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400
> sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350.
> Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki
> sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat
> EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya
> fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
>
> Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya
> dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir.
> Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi.
> Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat
> la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa
> tu saya dah beli kereta Iswara . Saya fikir, dapat
RM2500
> cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula.
> Kesimpulannya tak cukup juga!
>
> Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling
> besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk
> syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap
> di sini. Kalau
ada yang bertanya kenapa saya tak ikut
> mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau
> solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya
> di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit
> sahaja.
>
> Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak
> ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah.
> Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman
> saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya,
> apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi
> saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki
> untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2
> hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

>
> Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih
> baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi.
> Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia
> lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana
> akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat
>
(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu
> hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki
> itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
>
> Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan,
> nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin
> naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB,
> memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya
> pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia
> nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2
> sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
>
> Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya,
> besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia
pakai motor. Kalau
> gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun
> tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga
> kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia
> dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah
> malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit
> masa pagi sebelum ke tempat kerja.
>
> Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya
> ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya.
> Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila
> nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari
> Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak
> boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah
bagi duit. Tapi
> dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah
> permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. -.
>
> Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya
> lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara
> yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga
> nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian
> terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang
> kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa
> kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita
> katakan cukup?
>
> Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada
> cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga
> bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang
> penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah
> berikan yang terbaik buat kita.. Nabi saw pernah
> memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah
> orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw
> berkata orang yang
sombong adalah syirik kerana hanya Allah
> yang layak untuk bersifat sombong..
>
> Wallahu'alam. -..
>
> Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami
> leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia
> hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah
kami
> dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang
> tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
>
> Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah
> itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi
> dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada
> pada
sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha
> kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the
> other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada
> pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
>
> Akhir kata, berlajarlah untuk berkata
> CUKUP....ALHAMDULIL -LAH ......'
> Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak
> sehebat SULAIMAN.
> Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak
> setulus ZULAIKHA.
> Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak
> sekuat HAJAR
> dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika
>
ada keburukan pada dirimu.
>
> Sekadar pandangan ikhlas dari seorang hamba Allah yang
> tidak sempurna semuanya.

No comments: